Khamis, 24 Februari 2011

Pra-Olimpik:Malaysia sebelah kaki layak ke pusingan kedua...

      

MALAYSIA-2              PAKISTAN-0

*Zaharulnizam-m-3
*Fazail-m-45+3



       Malaysia mencatakan kemenangan 2-0 ke atas Pakistan dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam,semalam....Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol gantian,Umer pada babak kedua,Pakistan mungkin akan menjadi mangsa belasahan Harmau Malaya...gol negara dijaringkan seawal minit ketiga menerusi jaringan cantik Wan Zaharulnizam.....Satu lagi jaringan menerusi first-timer yang dilakukan Irfan Fazail pada penghujung babak pertama...
    
**Inilah gol pertama yang dijaringkan Wan zaharulnizam pada perlawanan menentang Pakistan
.....gambar dari utusan**


        Perlawanan ini juga dicemari dengan satu layangan kad merah kepada pemain Pakistan,Ansar Abbas yang menendang penjaga gol yang juga kapten negara,Khairul Fahmi Che Mat....Babak pertama berlangsung dengan rancak apabila pasukan negara menyerang dari wisel pertama...Malaysia mendapat tendangan sudut pada minit ke-2 dan disudahkan dengan baik oleh Zaharlnizam untuk gol pertama Malaysia...Pakistan tidak menyerah kalah dan sekali-sekala hampir memecahkan tembok pertahanan yang diketuai Muslim...

        Khairul Fahmi pula beberapa kali melakukan kesilapan kecil yang hampir mengundang padah...pada minit ke-45,Ansar yang tidak menahan sikaap marah menyepak paha Khairul Fahmi dah dilayangkan kad merah...seminit selepas itu,hantaran lintang Fandi Othman tidak dikeluarkan dengan baik pertahanan Pakistan dan terus ke kaki Fazail untuk gol kedua Malaysia....

      Keputusan itu kekal hinggan tamat perlawanan....Satu lagi kelayakan Olimpik menyaksikan Indonesia tewas kepada Turkemenistan 1-3...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan