Isnin, 14 Februari 2011

Liga Juara-Juara:Pusingan 16...

    







      AC Milan,kelab dari Itali bakal melayan kunjungan Totthenham dalam Aksi pusingan ke 16,perlawanan pertama Liga Juara-juara Eropah 2010/11 Selasa ini...Kedua-dua pasukan menang dalam liga masing-masing dengan Spurs menang 2-1 bertemu Sunderland dan AC Milan menang 4-0 bertemu Parma...Satu lagi aksi selasa ini bakal menemukan Valencia dan kelab berpangkalan di Jerman,Schalke 04 di Mestalla...Valencia mendapat sedikit tonik apabila membenam Atletico Madrid dalam saingan tempatan...

       Hari Rabu pula akan menyaksikan Juara Liga Sepanyol musim lalu,Barcelona akan bertemu musuh tradisi,Arsenal di Emirates Stadium...Bekas pemain Akademi Barcelona,Fabregas yang juga kapten Arsenal pasti menjadi tumpuan kerana Barca bermati-matian akan membawa balik pemain itu... Arsenal pula pasti mahu membalas dendam apabila tewas pada lawan sama di peringkat yang sama dua tahun lalu...AS Roma pula akan menanti kunjungan Shakhtar Donestk diStadium Olimpik,Rome...Shakhtar akan bemain tanpa pertahanan tengah mereka,Olaxender Kucher yang mengalami kecederaan...

      Hari Selasa hadapan pula menyaksikan kelab kaya,Real Madrid berkunjung ke Perancis untuk bertemu tuan Rumah,Lyon dalam aksi yang dijangka menarik...Karim Benzema pasti akan diturunkan bertemu kelab lamanya itu..Chelsea pula akan terbang ke Denmark untuk bertemu pasukan Cophenhagen....

       Rabu hadapan pula,Ulangan final Liga Eropah pula akan berlaku sekali lagi apabila Juara musim lepas,Inter Milan akan bertemu naib Juara,Bayern Munich di San Siro...Bayern pasti mahu membalas dendam atas kekalahan pasukan itu tahun lepas...Aksi terakhir pula akan mempertemukan,Man.Utd dengan Marseille di Stade Veledrome,Perancis...

TEKAAN:


AC Milan 1-1 Tottenham
Valencia  2-1 Schalke 04
Barcelona 1-0 Arsenal
AS Roma 2-0 Shakhtar Donestk
Real Madrid 2-2 Lyon
Chelsea  2-0 Cophenhagen
Inter Milan 1-1 Bayern Munich
Man.Utd 2-0 Marseille

  

    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan