Khamis, 10 Februari 2011

Persahabatan Antarabangsa:Malaysia 2-0 Hong Kong

**Safee Sali melakukan rembatan sambil dihalang oleh pertahanan Hong Kong...
Malaysia menang 2-0 bertemu Hongkong**

        Selepas kejayaan menjulang trofi pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu, skuad bola sepak kebangsaan meneruskan rentak garang....Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi....Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal muncul wira selepas masing-masing meledak satu gol pada minit ke-43 dan 91....

Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas pasukan yang menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara, kualiti serta corak permainan yang dipamerkan anak-anak buah Rajagopal pada perlawanan itu wajar diberikan pujian....Ketika ini, Skuad negara menghuni ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong pula di tangga ke-143.....Jika sebelum ini ada segelintir pihak menganggap kejayaan yang dilakar barisan pemain negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu tidak akan bertahan lama, ternyata andaian tersebut jauh meleset sama sekali.....

      Pada aksi semalam, hampir 10,000 ribu penonton hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara yang jelas menguasai perlawanan berbanding Hong Kong....Jika tidak disebabkan tiang gol, anak-anak buah Rajagobal sudah pasti meraih gol awal menerusi rembatan voli penyerang baru kelab Indonesia, Pelita Jaya, Mohd. Safee Mohd. Sali dari luar kotak penalti seawal mini ke-12....

      Skuad negara terus garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Hong Kong namun masih gagal memecah kebuntuan....Namun, gol yang dicari-cari skuad negara akhirnya menjelma menerusi gerakan  Safiq Rahim yang memintas bola di kaki pertahanan Hong Kong dan melepasi dua lagi pertahanan sebelum menyepak melepasi penjaga gol,Yap Hung Fai... 

      Sebaik babak kedua bersambung, Rajagobal melakukan enam pertukaran dan kemasukan Amirulhadi yang masuk menggantikan Mohd. Ashaari Samsudin ternyata membuahkan hasil apabila minit-91,dia melepasi perangkap offsaid dan mendapat hantaran Sabre Mat Abu sebelum merembat melepasi Hung Fai ...Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan....Bawah ini ada sedikit Highlight perlawanan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan