Jumaat, 4 Februari 2011

EPL:Penampilan pertama,gol pertama...

**luis Suarez menjaringkan gol kedua liverpool...gmbar dari kosmo!**

      Penyokong Liverpool kini boleh melupakan penghijrahan Fernando Torres ke Chelsea....Penggantinya, Luis Suarez sudah membuktikan kehadirannya di Anfield adalah berbaloi dan dia mampu menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Torres itu dengan baik....

     Suarez memastikan penyokong Liverpool yang kehilangan Fernando Torres kerana berpindah ke Chelsea memiliki hero baru, apabila dia menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan di Anfield...Pemain bernilai 22.6 juta pound (RM111 juta) itu yang dibeli dari kelab Belanda, Ajax berjaya mengubat kekecewaan penyokong Reds, ekoran persembahan hambar musim ini dengan menghidupkan kembali harapan kelab itu....

     Suarez mempamerkan kemahirannya apabila menggelecek penjaga gol Stoke, Asmir Begovic sebelum menolak bola ke gawang yang gagal diselamatkan oleh Andy Wilkinson, walaupun pemain itu cuba mengeluarkan bola...Ekoran prestasi konsisten yang dipamerkan Suarez itu, dia dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds pada aksi pertemuan menentang Chelsea, Ahad ini....Malah, Dalglish yakin penyerang antarabangsa Uruguay itu mampu sesuaikan diri dengan corak permainan di England dengan baik.....

      Ini bermakna Liverpool, yang akan membuat perhitungan bersama Torres Ahad ini, bakal tampil dengan keyakinan tinggi....Reds kekal di tangga ketujuh Liga Perdana namun cuma dua mata di belakang Sunderland yang menghuni tempat keenam, selepas melakar tiga kemenangan liga berturut-turut tanpa dibolosi....Namun, Dalglish enggan terbawa-bawa perasaan kemenangan semalam, terutamanya menjelang pertemuan dengan Chelsea, yang memiliki kelebihan sembilan mata berbanding Liverpool di Stamford Bridge...Sementara itu, Andy Carroll, yang dibeli dari Newcastle dengan harga 35 juta pound (RM172 juta)  turut menyaksikan kemenangan ke atas Stoke....Namun, penyerang itu masih tidak boleh beraksi untuk beberapa minggu lagi sebelum melakukan penampilan pertama ekoran kecederaan paha....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan