Teka-teki mengenai hasrat penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali untuk beraksi di luar negara akhirnya terjawab....Penyerang berusia 27 tahun itu sah akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya bermula pada 14 Februari ini bukan Persib Bandung seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini....Pengumuman perkara itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.....
Menurut Mokhtar, selain Pelita Jaya, pihak FAS telah menerima tiga lagi tawaran daripada kelab Indonesia yang turut menyatakan hasrat mereka mendapatkan khidmat Safee....Bagaimanapun, pihak FAS telah memutuskan untuk menerima tawaran yang dibuat oleh Pelita Jaya kerana menganggap ia adalah yang terbaik....Sidang media itu turut dihadiri oleh Safee sendiri, Hamidin dan pengurus merangkap ketua juru- latih Selangor, K. Devan...
Pelita Jaya yang akan disertai Safee adalah kelab tercorot dalam Liga Super Indonesia...apa yang menariknya,dua pemain bertaraf dunia,Roger Milla dan Mario Kempes pernah beraksi dengan kelab tersebut pada era 90-an...Safee akan menyarung jersi no.10 seperti pasukan Selangor...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan