Ahad, 13 Februari 2011

EPL:Red Devils raja Manchester....

      Man.Utd mempamerkan aksi menakjubkan untuk mengatasi jiran setempat,Man.City 2-1..tetapi,yang mencuri tumpuan penonton ialah kehebatan Wayne Rooney yang melakukan sepakan gunting pada minit ke-78 untuk gol kemenangan United...Sebelum itu,Nani membuka jaringan pada minit ke-41 apabila mendapat lorongan Rooney seterusnya menyepak rendah melepasi Joe Hart di gawang...keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama...


**inilah aksi akrobatik Rooney yang memberikan gol
kemenangan Man.Utd...**


**Evra mengasak Carlos Tevez yang juga bekas
rakan sepasukannya..gambar dari
mufc.com**

       City tidak patah semangat sebaliknya anak buah Roberto Mancini mendapat gol penyamaan menerusi David Silva minit ke-65....Nani melintangkan bola itu dan tepat kepada Rooney dan melakukan sepakan gunting melepasi dua pertahanan City...Jaringan Rooney itu menoktahkan perlawanan dengan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan...Man.City sepatutnya mendapat sepakan penalti awal apabila bola terkena tangan Evra namun pengadil menafikannya...Keputusan itu menyaksikan City kekal di tangga ketiga liga...

      Arsenal pula terus mengekori United apabila menang ke atas,Wolverhampton 2-0 hasil dua gol Robin Van Persie..Meireles meneruskan kecemerlangannya apabila menjaringkan gol untuk Liverpool seri 1-1 dengan Wigan....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan