Khamis, 3 Februari 2011

Copa Del Rey:Barca,Real bertemu di Final...

  
***Perang kedua-dua pengendali ini akan meletus nanti***


      El Clasico akan berlaku lagi...Barcelona dan Real Madrid akan bertemu pada aksi final Piala Raja-Raja Sepanyol....Awal Pagi semalam,Barcelona menang 3-0 ke atas Almeria dan layak menerusi agregat 8-0 manakala Real layak selepas membenam cabaran Sevilla menerusi agregat 3-0 setelah menang perlawanan kedua semalam dengan jaringan 2-0 di Stadium Bernabeu...

     Gol-gol Real dijaringkan Mesut Ozil pada minit ke-81 dan penyerang pinjaman Real,Adebayor menjaringkan gol pertama beliau pada minit ke-89...Perlawanan ini juga dicemari dengan 6 layangan kad kuning dan satu kad merah kepada pemain Sevilla...

     Bagi Barca pula,Pep Guardiola hanya menurunkan barisan simpanan ketika bertemu Almeria...minit ke-34,Adriano membuka jaringan buat Barcelona...kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertam...bersambung babak kedua,Thiago menambah derita Almeria apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-56....10 minit kemudian,Ibrahim Afellay meledak gol ketiga untuk memastikan tempat di Final....

Final Copa Del Rey dijangka berlangsung pada 20 April depan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan