![]() |
| **Pemain Perlis, Mohamad Hisyam (kiri) mengasak pemain Harimau Muda A, K. Gurusamy dalam saingan Liga Super di Petaling Jaya, malam tadi...gambar dari Utusan** |
Dua jaringan Mohd Ramzul Zahini dan penyerang negara,Norshahrul Idlan Talaha memastikan Kelantan kekal selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, malam tadi.... Ramzul membuka jaringan pada minit pertama babak kedua selepas menerima hantaran tepat daripada kapten pasukan, Mohd Badhri Razi....Anak buah Datuk M Karathu yang menguasai babak kedua, menambah jaringan menerusi Norshahrul dua minit sebelum tamat permainan.....Norshahrul kini telah merekodkan 3 gol dalam empat perlawanan....
Di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi,tuan rumah,Negeri Sembilan terpaksa menerima hakikat apabila tewas 0-1 kepada Felda United yang bermain 10 pemain apabila dikenakan kad merah pada minit-44...gol kemenangan Felda dijaringkan Abdul Ghani Abdul Rahman pada minit ke-87...ini kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Perak 0-2 Sabtu lalu.....
Selangor pula tida masalah membenam cabaran Terengganu 3-2 walaupun tanpa khidmat Safee Sali yang berhijrah ke Pelita Jaya...Bermain di Shah Alam,Selangor membuka jaringan hasil voli Fazdli Shaari minit ke-17...Dua minit selepas rehat,Red Giants menambah lagi gol menerusi kapten pasukan,Amri Yahyah...Bekas pemain K.Lumpur,Azidan menambah gol ketiga pada minit ke-57...Terengganu bangkit dengan dua gol melalui Ashaari Dan Abdul Hadi Yahya....
Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pula, hasrat skuad Perlis bimbingan Mostakeen Omar mencatat kemenangan sulung musim ini tidak kesampaian setelah sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda A....Skuad Olimpik negara itu turun tanpa tiga tonggak utama iaitu penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail dan S. Sivanesan yang direhatkan bagi mengelak kecederaan menjelang aksi bertemu Pakistan Rabu depan....Perlis memperolehi gol pertama pada minit ke-74 menerusi rembatan jarak jauh Faiz Subri yang menewaskan Zamir Selamat....
Namun Perlis terpaksa beraksi sembilan pemain setelah Sany Mat Isa dan Munawwar Shavukath Ali masing-masing diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-78 dan 88...Kesempatan itu digunakan anak-anak buah Ong Kim Swee untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Gary Steven Robbat....Dengan keputusan seri itu, Harimau Muda A kekal di tangga ketiga dengan tujuh mata...
. Dua lagi perlawanan menyaksikan Sabah tewas 0-1 kepada Johor FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu menerusi jaringan Mohd Riduwan Ma'on manakala Pahang menewaskan T-Team 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Zaiza....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan